Surah 109

Al-Kafirun

الكَافِرُونَ

Al-Kafirun · Makkiyah · 6 ayat

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. 1

    قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ

    Qul yaa-ai yuhal kaafiroon

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

  2. 2

    لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ

    Laa a'budu ma t'abudoon

    "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

  3. 3

    وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ

    Wa laa antum 'aabidoona maa a'bud

    "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

  4. 4

    وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ

    Wa laa ana 'abidum maa 'abattum

    "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

  5. 5

    وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ

    Wa laa antum 'aabidoona ma a'bud

    "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

  6. 6

    لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ

    Lakum deenukum wa liya deen.

    "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih · Tanzil.net