Bacaan
Hasbunallahu wa ni'mal-wakil
Terjemahan
Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (Ali 'Imran 3:173)
Hasbunallahu wa ni'mal-wakil
Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (Ali 'Imran 3:173)
Rabbana afrigh 'alayna sabran wa thabbit aqdamana wansurna 'alal-qawmil-kafirin
Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir. (Al-Baqarah 2:250)
Rabbighfir li wa liwalidayya wa liman dakhala bayti mu'minan wa lil-mu'minina wal-mu'minat
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman). (Nuh 71:28)
Rabbana atina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami. (Al-Kahfi 18:10)
Rabbish-rah li sadri, wa yassir li amri, wahlul 'uqdatan min lisani, yafqahu qawli
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan mudahkanlah bagiku, tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku. (Taha 20:25-28)
Rabbi zidni 'ilma
Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. (Taha 20:114)
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadh-dhalimin
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Al-Anbiya' 21:87)
Hasbiyallahu la ilaha illa huwa 'alayhi tawakkaltu wa huwa rabbul-'arshil-'adhim
Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. (At-Taubah 9:129)
Rabbighfir warham wa anta khayrur-rahimin
Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat! (Al-Mu'minun 23:118)
Rabbanagh fir lana dhunubana wa israfana fi amrina wa thabbit aqdamana wansurna 'alal-qawmil-kafirin
Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (Ali 'Imran 3:147)
Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil-akhirati hasanatan wa qina 'adhaban-nar
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. (Al-Baqarah 2:201)
Rabbana la tuzigh qulubana ba'da idh hadaytana wa hab lana min ladunka rahmah, innaka antal-Wahhab
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Ali 'Imran 3:8)
Rabbana innana amanna faghfir lana dhunubana wa qina 'adhaban-nar
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka. (Ali 'Imran 3:16)
Rabbi hab li min ladunka dhurriyyatan tayyibah, innaka sami'ud-du'a
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Ali 'Imran 3:38)
Rabbana amanna bima anzalta wattaba'nar-rasula faktubna ma'ash-shahidin
Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu). (Ali 'Imran 3:53)