Bacaan
Nabi SAW bertakbir: Allahu Akbar (Allah Maha Besar) pada setiap batu kecil yang dilontar ke tiga jamrah. Kemudian baginda maju ke hadapan, berdiri menghadap kiblat, mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa kepada Allah. Itu dilakukan selepas jamrah pertama dan kedua. Adapun jamrah ketiga, baginda melontar dan bertakbir pada setiap lontaran, tetapi setelah selesai baginda beredar tanpa berhenti di situ.
